assalamualaikum para blogger sayang-sayang semua .
nak tanya nih. nak tanya ! skang ni aku tengok bersepah-sepah berlambak-lambak orang meniaga dalam internet. jual kasut,jual beg,baju,minyak urut, ubat kuat. (eh ade ke orang jual ubat kuat dalam internet?) korang percaya sangat ke online shopping ni?
siapa percaya seratus peratus beratus? inform aku .
aku nak tahu sebab musabab atas kepercayaan korang shopping menerusi internet ..
aku percaya ramai yang pernah beli barang melalui internet . kan?
siapa yang tak pernah ? inform aku jugak .
aku nak tahu kenapa korang tak pernah beli barang melalui internet .

sumber: abang google .
aku pun kadang2 takut jugak shopping melalui internet . tapi pernah jugak la mencuba beberapa kali .hahaha .. ghairah woo tengok barang cantik-cantik . atleast bila orang tanya 'kau beli kat ne?' 'aku beli online la .' ha dari situ orang boleh nmpk yang kita ni celik IT . bukan bodoh eh buta IT .. kira macam kita ni up-to-date la jugak selaras dengan kemajuan teknologi canggih pada masa kini ..kan? angguk je la ..
siapa cakap online shopping ni tak bagus? aku tak cakap pun tak bagus .
semua benda de baik dan buruk nyer .pandai2 la nilai sendiri . ye dok?
KEBAIKAN ONLINE SHOPPING.
- sume nyer di hujung jari anda . click click click click click dan terus click . senang .
- jimat minyak kereta,minyak bas . duduk rumah je then on komputer .
- jimat masa . tak payah siap lama-lama nak pergi mall . nak pikir baju pe nak pakai .bogel pun boleh sambil shopping. nak make up lagi . nak tggu bas lagi . bangun tidur tak payah buang taik mata tak payah sapu air liur dah boleh shopping .
- tak penat and tak menyusahkan orang . boleh shopping sambil baring-baring, guling-guling atas katil. korang tak perlu berjalan sana sini then kepada girl,tak perlu hencik abang korang tunggu berjam-jam sebab korang tengah rambang mata kan nak pilih .

sumber: abang google .
KEBURUKAN ONLINE SHOPPING .
- terdedah kepada penipuan . yela .. sebab duit bayar dulu baru dapat barang . so kat situ macam bimbang la kalau kena tipu .
- kalau tiba-tiba barang yang korang beli tu tiba-tiba rosak or contohnya kasut tak muat ke besar ke , jarang la dapat pulangkan barang tu balik and tebus barang lain . duit pun terbang macam tu je la .dh la kos penghantaran lagi . so kalau tiba-tiba rosak,kan dah rugi kat situ .kalau pergi shopping kat mall,kita boleh tengok sendiri barang tu ok ke tak .
- tak dapat kepuasan shopping sebenar . korang tak dapat nak tengok kualiti barang tu elok ke tak, berbaloi tak dengan harga . tak dapat sentuh ,tak dapat tengok dekat2 . tak dapat try test dulu sebelum beli ..
- barang yang kita order tu mungkin akan sampai selepas 2-3 minggu or kadang2 sampai berbulan-bulan. so mestila risau . duit dh bayar .kalau pergi direct shopping, hari tu beli,hari tu dh boleh guna .
bukan nak cakap benda tu tak bagus. jangan buat semua! tidak ! tapi juz nak korang hati2 je . buat urusan dengan peniaga yang korang percaya je. bukan sume yang meniaga dalam internet tu penipu aka tak jujur la bagai . tapi mungkin de segelintir . dah de pun kawan aku yang kena tipu..bayar pastu barang tak dapat . bila tengok website dh tak de dah . not found .aku pun jadi trauma takut terkena macam tu.
sape yang susah dalam kes ni ?nak tuding jari kat sesiapa pun tak guna.
ambil iktibar dan pengajaran . huhu .
so korang prefer yang mana? online shopping or direct ke mall untuk bershopping ?