Monday, February 21, 2011

"ee kutu ! pengotor giler kau nih ! "

weyh korang ? eh assalamualaikum .. hehe .
korang pernah tak diserang kutu or hampir2 diserang menatang kutu?
or de sahabat,adik beradik,ahli keluarga yg pernah bela haiwan ni di atas kepala mereka?
ee ! geli nyer ..
ape itu kutu?
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala.
serangga ini pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala kira-kira 2-4 mm . kecik je kan tapi rupanya menatang ni musuh dalam selimut . senyap2 je dah hisap darah korang tanpa korang sedar dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala menghisap darah sebab tu korang akan rasa gatal2 kat kepala and kadang2 bengkak.
Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. boleh gak melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.so perempuan bertudung pun jangan harap la boleh lepas dari encik kutu sekeluarga .

from internet browsing,Kutu kepala betina ni rupanya menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, akan terlekat dengan kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan lebih banyak kutu. Kutu kepala bukan memilih persekitaran yang kotor je tapi hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah.
orang dewasa pun kadang-kadang berkutu jugak . haha ..
Kutu kepala dapat disebarkan daripada seseorang kepada orang lain sama ada dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian, cadar dan berpindah ke rambut orang lain, atau melalui perkongsian aksesori rambut seperti sikat, berus, tuala . so jangan senang lenang je korang nak share2. kadang2 kena la waspada jugak takut orang yg kita selalu share ngn die tu rupanya bela kutu .

ee geli giler .
camni la keadaan kat atas kepala orang yg berkutu ketika kutu sedang menjamu selera .
tanda-tanda bila kita berkutu .
  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala yang disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil dan selalunya bersinar dan berwarna putih.kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.sebab melekat kat rmbut ngn kuat .

cara mudah untuk banteras kutu .
  • guna sikat kutu yang dh direndam ngn cuka terlebih dahulu so senang la telur tu keluar and melekat kat sikat kutu tu nanti.
  • Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dengan ubat kutu untuk beberapa jam.
  • Basuh cadar dengan air panas.
  • Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta.
  • Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.
  • Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
  • Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering.
  • Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
  • Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.
  • mak aku cakap,kutu pun boleh lari kalau terendam ngn air masin . so mandi laut la sambil gosok-gosok kepala kat dalam laut tu . insyaallah boleh kurangkan sedikit anak kutu yang korang bela tu .

jom merayau macam kutu rayau .
babai .

12 comments:

Biela Sapine said...

Haha. Geli pulak tengok rupa kutu

Cik Embun said...

masa kecik2 dulu mmg x terlepas dari kutu...
normally budak2 kampung laa yang ada sebab tahap hygiene tu x dititik beratkan. Tp sekarang susah kot kutu tu nak cari makan sbb semua org dah alert dengan menatang ni..

anna mardhiah said...

biela sapine ..

kan? geli giler ..

anna mardhiah said...

cik embun ..

hahaha .. tau xpe . masa kecik dulu selalu jangkit ngn kwn . ee ! orang yg jaga tahap hygiene pun kadang2 terkena jugak berjangkit daripada orang yg tak jaga hygiene . mmg tak boleh lari ! anyway,thx komen ya .

JUNKO-EL-HIDA said...

kutu bulu kaki ada x?..hihihi..info baik pnyer!..nsib x pnah kena setakat nie..hihihi

alyana hamdan said...

hahahha..pernah kne kutu ny sekali jek masa zaman hingusan dulu..
pas2 dah tak kne dah..p jiran depan uma ada kutu..
tp dy budak2 ag n xsuke dy..kuang3..
jahat nye yana...
nice info kaka syg..

anna mardhiah said...

junko el-hida ..

kutu bulu kaki coming soon ! wakaka ..
tggu kuar kat bulu kaki junko la ..hahaha..
orang laki mmg susah nk kena sbb rmbt korang pendek2 and nipis.tak selamat kutu nk buat rmh .

anna mardhiah said...

yana ...

hahaha .. yeke ..lawak la yana ni .
anyway, thx ea ...

Muhamad Zaki Zafir said...

pernah kena kutu ni kecik2 dulu..mak siap hntr gunting rmbut lg.tukang gunting pn snyap je.. :D

plg baik, jagalah kebersihan rmbut.jgn baring suka hati je. :)

anna mardhiah said...

muhammad zaki zafir ..

yeke pernah kene?
tukang gunting tu speechless ..haha ..
terkedu sambil berjaga2 takut terbang kat rmbt die pulak . :)
ha betol tuh . jangan careless .

RaraTan said...

hohoho. dulu ade adek pernah gak kne serangan kutu neh. sampai terpakse spray rambut nan ridset. wakakaka

anna mardhiah said...

rara tan ..

ha? ridset ? oppppss !(terkedu sekejap) :p