Thursday, August 18, 2011

alhamdullilah. bulan Ramadhan. hari yang ke-19

assalamualaikum blogger. adui! dah hari ke-19!penat.bila nak habis puasa ni!bila nak raya ni.tak sabar.esok hari ke 20.ada lagi 9 hari . mengeluh! cepat la habis.hari-hari puasa je.letih la.lapar!! haus!!! nak makan kentucky fried chicken,nak snack box punyer tak nak la! nak snake plate.pergh!nak pizza yang baru,nak double cheese burger,nak makan pucuk ubi masak tempoyak.. nak tu nak ini....

haish2! mengeluh sana mengeluh sini . nak tanya ni . puasa ikhlas ke tak?lagi 9 hari je.sabar la...
(nasihat diri sendiri juga)hehehe...sekurang-sekurangnya kita berpuasa sebulan je.kalau ladies,ofcoz la de cuti puasa kan?ha jadi tak penuh dah sebulan kalau nak dibandingkan dengan rakyat yang menderita tak dapat makan tak dapat minum.puasa ke tak puasa ke sama je bagi diorang.sedih je..cuba kita selami kehidupan diorang. kecian tau..put our-self on their shoes.sekurang-kurangnya boleh ajar kita erti 'bersyukur'.


masam je muka cik kak ni . dia lapar kowt .

children of Liberia..

diorang tak pergi sekolah pun dan diorang teringin nak pergi sekolah. kita yang pergi sekolah pun nak ponteng-ponteng lagi.

pandai tau diorang candid pose.

salah satu aktiviti diorang.

kalau laki kat malaysia ni nak ke pakai camni?compang-camping! tak nak la.nanti awek tak pandang kan? tak market la!

'eh die ni,asik ambik gambar je dari tadi!' hehe..

macam-macam reaksi .

suka jumpa kamera.sampai tak sedar baju terlondeh. hehe..

'babai Malaysia. kalau datang lagi,bawak KFC tau, Mcd ke.pizza lagi bagus.' hehe..

suka tau orang ambik gambar dia.

tengok rumah diorang lubang-lubang.kalau hujan tempias basah jugak.
kecian kecian.

baju yang diorang pakai kalau kita buat kain buruk kat rumah je. kan?
or buang terus. tapi diorang?tak pakai baju.tak kisah pun.

tumbuk lagi . tumbuk ..

a part of Africa.

DIGIMON tu macam nak gaduh je.

berpuasa sebulan tak de masalah bagi diorang kerana diorang pernah berlapar bertahun-tahun lamanya...jadi kita kena bersyukur sebab kita hari-hari makan sedap.

comel walaupun seleybet ckit.

malu-malu je tapi mahu .

pinjam rambut boleh? hehe..

1,2,3...smile !

muka blurr je . chill la dik !

kurus tapi perut buncit.penyakit! persekitaran yang tak bersih,makan tak tentu.mandi aku tak tahu la..

kecian .

adakah satu hari nanti nasib mereka akan terbela?

spender pun koyak. sesekali dia nak gak pakai spender yang de brand.

aku tak tahu apa keje diorang buat ni .

pot..pott.........

their siblings...

so kita kena la bersyukur dengan kemewahan yang kita ada sekarang.ya bersyukur! bulan Ramadhan yang mulia ni jangan nak membazir. tu perangai syaitan.syaitan kena ikat.yang kita nak ganti syaitan buat apa?kalau kita rasa kita susah,diorang ni lagi susah.ada orang lagi susah daripada kita.kita puasa pun nak mengeluh,diorang puasa bertahun-tahun tak ada masalah pun.berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.bersederhana lah dalam segala hal..yang baik ambil,yang buruk jangan ikut..

terima kasih kerana baca.
babai.

Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

assalamualaikum..morning..eh morning ke?hahaha..kantoi aku bangun lambat..
dah terlambat ke nak join segmen ni? belom kan?? so jom ramai-ramai kita gegar kan segmen ni...biar bEN tak cukup tangan nak update.huhu....



image

click untuk join..

aku dah buat.korang dah?

Sunday, April 24, 2011

alah pada ini.

assalamualaikum blogger ..semalam tengah lapar-lapar. terus aku pergi bedal je ape bawah tudung saji. dah tak kira dah .. agak nyer kalo mak aku letak buaya goreng pun aku pakai bedal je..selagi boleh sumbat masuk mulut,aku sumbat je ..last-last ni la akibat nyer .


mak aku sergah aku !terpelanting daging tu dibuatnyer. 'tu daging kambing' . aku? dah abis 2 3 ketul dah pun daging kambing aku bedal. dasar pelahap. yela dh kata lapar. tapi sempat juga pelahap-pelahap pun baca bismillah ngn doa makan.hehehe...aku pun terbenti la makan dengan serta merta nyer.

aku: nape umi tak ckp awal-awal? patut la rasa lain je daging ni..
umi: tahu makan je .takkan tak tahu beza kowt daging kambing dengan daging lembu..dah besar, makan pun nak orang tua jaga lagi! bla bla bla ...

she's began to nag .

siyes aku dh lapar sangat . aku makan je . rasa lain pun aku malas nak tanya. aku memang tak boleh makan daging kambing dari kecik lagi. senang cakap,alah la kan . tapi aku lupa aku alah.dah la sedap je aku tengok sup tu. petang tu kepala aku mula sakit.pening yang amat! sakit sangat dek daging kambing tu . bijik-bijik mula naik kat lengan ngan muka aku . gatal kemain lagi. nak je garu sampai luka . memang tak boleh bangun. tak study langsung pun malam tu.
nak masuk gambar aku nyer bijik-bijik kat muka,kang korang nightmare.
aku masuk yang ni je la ..


tengok! kambing ni gelakkan aku .. ish!
dah pergi hospital ambik ubat siap kena inject,adoi! sekarang dah ok sikit.kepala pun tak sakit lagi. encik kambing! sila gelak puas-puas erk?
lain kali kena beringat,jangan main makan je.nak makan pun kena berhati-hati.
ni tak 'main redah je tak pakai helmet.'

babai. nak sambung study untuk final exam.
doakan saya ea.

p/s: de tak si anon yang nak marah aku sebab letak gambar kambing semata-mata nak tarik pembaca? hahahaha...

Monday, April 18, 2011

aku suka entry cik epal yang ini !

serius! aku suka entry cik epal yg ni!
memang betol apa yang dia cakap tu ..
followers ramai tak semestinya blog tu bagus .
tak nak ckp lebih-lebih .. nnti ramai yang terasa .
huuu...kang tak pasal2 mulut aku kena gam .blog aku penuh dengan hacker.

dah2! sape yg belom baca,pergi la baca sekarang ..
terus ke blog cik epal .
okey!
credit to cik epal !

RUBY DRESS GIVEAWAY

assalamualaikum blogger ..hye readers .
jom kita join giveaway ni . mana tahu rezki tiba2 dapat ke royal blue dress tu ..
sape tahu bukan ? tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia nmpk di mana ?
di mana ? saya pun tak tahu di mana . hahahahaha...


nak jugak dress biru milik cik Ruby tu? boleh click sini ..

saya nak tag ..


mana la tahu dapat baju tu,boleh bagi kat die . bagi pinjam. huhu ..
babai .

perangai macam ujang yang erti kehidupan tu.naik menyampah aku.


assalamualaikum blogger ! beruk band ni lembab betol la. rasa nak baling je kat sungai Indus. sangat memerlukan kesabaran yang tinggi nak update satu entry pun.dah la tengah panas ni . korang kenal ujang tak? ala yg belog die erti kehidupan tu .... kawan baik abg Ben. ala tunang si Yana tu ... ha kenal tak? ni nak story mory la ni....


malam semalam pergi kenduri arwah. then lepas dah baca yaasin and tahlil..de sikit makan-makan.pe lagi metedarah time yakni menambhkan lagi jumlah lemak dalam badan . haha..
tengah kusyuk makan SUDDENLY ..

PRRROOOOTTTT...PUUUTTT...PUUUUTTTT...

aku,dhira,scha speechless. madihah dengan tidak sengajanya telah melepaskan bom atom.bukan main lagi die nak bangun pastu terkentut. hahaha ..kteorang tengah makan ni.orang yang duduk kat depan aku dok pandang2 aku.muka die cam serba salah nak gelak tak nak gelak.kteorang tunduk je .tak sangka begitu kuat bunyi nyer sampai mak cik kat dapur pun jenguk keluar nak tengok sape yang kentut kuat sangat da la nada kentut tu berirama bukan main panjang lagi .

aku: nape adik kentut?ee buat malu je la.tahan la dulu .
madihah: dah tahan la.adik nak bangun ambik tisu tapi terkentut plak. terus tak jadi nak ambik tisu.

kteorang terus tergelak. sampai orang yang tahan gelak tadi pun terbahak-bahak gelak jugak . aduii! dah la baru 4 tahun tapi bunyi kentut macam umur 40 tahun.banyak betul angin dalam perut dia haha ..teringat aku kat ujang si kuat kentut tu .kalau adik aku tak ngaku die yg kentut,mesti orang ingat aku yang kentut . hampeh je !yela kuat giler bunyi macam kentut orang dewasa. hahaha .. dh ikut jejak ujang nampaknyer. kentut merata-rata tak hingat dunia.

p/s: tittle post saje nak bagi ujang 'panas' ngn aku . sory ujang !

Wednesday, April 13, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

ni lagi satu segmen aku nak join untuk hari ni ..

BEN pesan "Ini adalah ikhlas .. nak join ke tak , terpulang .tak perlu nak fikir buruk .. Tiada paksaan."
done! babai .

SEGMEN BLOG REVIEW OLEH SEPUL

assalamualaikum .. sebelum balik rumah nak join segmen.
first sekali aku nak join segmen blog review ni .
memandangkan aku telah ditag oleh hafiz hafizol . so aku join je la .. tak kena bayar pun !

bosnyer ialah SEPUL . picit untuk join sekali .

blogger pilihan aku merangkap kawan baik aku ialah ..


done ! babai .

Tuesday, April 12, 2011

Anna Mardhiah join bloglist Bila Hati Izzaty Hedry Berbicara

assalamualaikum .. anna nak luangkan masa untuk cik Zaty ni kejap .

JANTINA : perempuan la ..

komen blog zaty?tak de pape. sumenyer comel dan menarik . very nice blog .
colour pink lagi tu ..korang tunggu pe lagi .
jom terjah and join sekali ea .
nak join sila picit lekas !
babai .

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

segmen abg ben lagi ..
huhu ..
nak join .. click sini ..
done !

Monday, March 28, 2011

Anna mardhiah berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

assalamualaikum blogger . dah tengahari .. tak perasan pun . cepat je masa berlalu kan ?japgi dah kena siap-siap nak pergi kelas . aduiyai! malas tol la rasa ...tapi sebelum tu .. jom check it out pe anna nak buat dengan bangku kosong ni .. terjah! (ala-ala melodi lak)



ingatkan tak sempat dah. rupanya masih banyak lagi bangku-bangku yang kosong . disebabkan bangku kosong banyak membantu dan menyokong dunia blogging anna yakni sentiasa mempromosikan blog pisican ini . anna sangat la berbesar hati nak join bloglist bangku kosong ni . kata pemilik blog bangku kosong ini ..
'mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat melonjakkan lagi jumlah pengunjung blog korang dan memperkenalkan blog korang kepada lebih ramai bloggers ... terutama blogger-blogger baru.'
so senang cakap . jangan jadi katak bawah tempurung . jom la join sekali .
tak guna menyombong . ape faedahnya . .

mengapa perlunya trafik atau pengunjung ke blog anda.

saya tidak kisah pasal trafik tinggi atau rendah . tapi saya kisah kalau tidak ada pengunjung ke blog saya.eh boleh ke macam tu? haha . buat pe post entry dalam sehari sampai 2 atau 3 kali tapi hakikatnya tak de orang baca pun .komen apetah lagi . syok sendiri! pengunjung@blogger yang datang tandanya mereka menyokong dunia blogging kita . dengan itu,blog kita juga dikenali . dan seterusnya penulisan entry kita akan dihargai . saya bersyukur blog picisan saya ini yang mempunyai entry tah hape-hape masih ada pengunjung walaupun tidak seramai pengunjung yang ke blog bangku kosong dan blog ben ashaari. hehe ..
alhamdullillah .....bersyukur dengan apa yang ada .

so apa tunggu lagi . mari-mari join reramai .click sini ..
babai .

Sunday, March 27, 2011

'alahai terkena chicken pox !!'

assalamulaikum .. setelah hampir 2 hari tidak mengupdate entry . akhirnya aku datang membawa perkhabaran sedih .


chicken pox not chicken pork . pork tu daging babi . haha . betul ke orang kata demam campak ni hanya kena sekali seumur hidup ? harap camtu la . chicken pox ni selalu nyer orang panggil demam campak atau cacar air .

ape itu demam campak ? penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus dan menyerang sistem pernafasan melalui titisan lembapan terutama apabila bersin atau batuk.Penyakit ini juga sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.demam campak ni biasanya berlaku dalam 10 hingga 14 hari itupun bergantung kepada daya tahan badan individu tersebut.bila dah habis je demam ni , hencik parut dengan senang hati dengan meriah nyer menari-nari kat badan dan muka korang. ambil masa jugak untuk hilangkan parut campak tersebut. untung la kalau kena masa kecik-kecik sebab parut tak kelihatan sangat . kalau kena time dewasa,parut tu jadi hitam,kalau kopek pulak . adus tak tahu nak cakap camne . bayangkan sendiri la muka korang .jatuh market dowh!

tanda-tanda demam campak .
  1. naik ruam . kalau ruam yang ada nanah itu jenisnya campak pelentung . campak ni sebenarnye banyak jenis jugak .
  2. sakit otot . rasa sengal badan sebab air bisa.
  3. demam yang tinggi nak-nak time ruam tu nak naik .
  4. mata berair dan sensitif kat cahaya .
  5. rasa gatal satu badan .

kalau seseorang itu belum pernah dapat imunisasi campak or belum pernah kena penyakit tu sendiri,lagi senang la nak berjangkit daripada pesakit demam campak tersebut . so hadkan pergaulan tu penting disaat terkena campak ni . tapi yang dah kena pun beware jugak takut kena lagi . mana la tahu dulu kena tak keluar habis . jangan ambik mudah ! sebab penyakit ni sebenarnyer boleh membawa maut . mereka yang memang de masalah penyakit lain atau kekurangan zat makanan atau juga mereka yang lemah antibody,bila terkena pulak chicken pox.. badan akan mudah mendapat komplikasi lain seperti masalah paru-paru,cirit-birit atau penyakit lain .silap-silap boleh mati ..

petua yang boleh aku kongsikan ..

orang cakap kalau dapat campak ni,kena cepat-cepat minum air kelapa muda . mandi terus pun tak pe dengan air kelapa ni.air kelapa ni membantu dalam mempercepatkan proses ruam-ruam tu keluar .lagi cepat keluar,lagi cepat la sembuh .

terliur pulak . teringat coconut shake !

lagi satu,sesetengah orang cakap tak boleh mandi .korang tahan ke kalau kena dalam 10 hari,10 hari tak mandi . aiyoyo ! berkepam la jawabnya . melekit je . sebenarnya tak juga .mandi ni boleh hilangkan sengal-sengal badan and buatkan korang rasa segar. campak tu kotor sebab de air bisa . air bisa tu yg buatkan gatal-gatal . so kena la mandi. kuman! sebenarnyer yang tak bagi mandi takut tergosok dengan kuat kat ruam campak tu . kang pecah dah jadi satu hal .nak mandi boleh.cuma kena waspada hati-hati steady and cool je bila nak sabun . nak lap badan dengan towel.tapi kalau takut jugak pecah,tak usah la mandi klau menyusahkan diri sendiri dan orang lain .

kalau jenis yang campak pelentung,sesuai sangat daun asam jawa campur dengan bedak sejuk sapu kat badan dan muka . kalau rajin la amalkan yang tradisional.orang tak kena demam campak pun tiap-tiap malam tepek bedak sejuk ni nak gebu dan haluskan kulit muka .zaman dah berubah,pergi beli calamine lotion kat farmasi pun boleh gak .

Pesakit dilarang sama sekali makan makanan yang digoreng, ditumis. say no to makanan berminyak .Makanan berebus atau dibakar adalah pilihan yang ada. Selain makanan berminyak, makanan berasaskan telur, daging amat dilarang. Kerana makanan tersebut akan membuatkan rasa gatal dan demam lambat sembuh. so berpantang sikit la ea ..

Petua turun temurun, orang demam campak kena mandi bercampur air daun semambu. Ramas daun bersama air mandian, dan mandi sesedap rasa.
Bukan saja dibuat mandi, beradu pon berlapikkan daun semambu. daun ni dapat menghilangkan rasa gatal dan merenyam. tapi kalau kat bandar,susah kowt nak cari daun ni Pucuk daun pisang pon boleh . sama je function nyer .

tangan jari tu jaga . Jangan la menggatal nak garu garu atau kupas bekas campak tu. Nanti parut memangis anda tak berlagu . Kuku tu lagi banyak kuman, nanti makin teruk parut. tak payah gatal-gatal nak usik.


kena jadi anti hujan sementara .pantang terbesar lepas baik demam pon. 2~3 bulan lepas demam tu jangan la main hujan. Bisa!Titisan air hujan yang jatuh pada kesan campak tu boleh membuatkan kulit dan eperdemis pesakit berlubang. lagi la parut sampai bila-bila. embun pun tak boleh ! haram !

actually aku dh kena demam campak ni masa aku darjah 5 . menangis je kerja aku . sekarang giliran si dia yang kena . tak sampai hati tengok muka dia bintik-bintik camtu . semoga dia cepat sembuh . ALLAH bagi kita sakit ni sebenarnya ujian dan dugaan . banyakkan la berdoa . sakit ni kadang-kadang penebus dosa-dosa silam. terima kasih kat dia sebab bagi ilham untuk aku create entry pasal ni.
yang baik datang dari ALLAH,yang buruk jelik dari diri aku sendiri .

Wednesday, March 23, 2011

meluat menyampah !

assalamulaikum blogger .
okey! entry ringkas sebelum aku fokus kan kepada assignment aku yang bertimbun tu ya .
kadang-kadang aku tak paham dengan sesetengah blogger .sesetengah bukan semua . ada paham ??
bila dalam entry sangat suka memuji diri sendiri .
kadang-kadang tu over sangat la .
pastu cakap silalah muntah . ye mmg nak muntah pun !
kalau asik2 entry memuji diri sendiri sampai terlalu over tu adui lama-lama meluat la nak baca .
ni bukan kes jeles ke ape ke .
tapi macam over sangat . pikir orang suka ke ?mula-mula baca tak pe .
ni setiap entry mesti ade dari awal sampai abis dok puji diri sendiri .
'naik bakul angkat sendiri'
ke mmg tak de orang puji dia sebab tu dia asik puji diri sendiri .
kalau macam tu private kan je la blog tuh . jangan bagi orang baca .
pastu de plak yang jenis die je betul . ape orang lain buat sume salah .ape orang post dalam blog diorang sume nye tak kena bagi die.
sume die nak kondem . aduiyai!
ok done ! lega ckit dah luah terluah .

jelir lidah lak . tak baik ! lukisan ni kecik je takut korang nightmare kang kalau besar gabak .

p/s: terima kasih yang dah join bloglist and bagi komen membina tentang blog ni . walaupun seciput je yang join . anna akan cuba untuk baiki mana yang jelik itu k . tu la tujuan anna buat bloglist ni .

Wednesday, March 9, 2011

' penipu punyer online shopping !? '

assalamualaikum para blogger sayang-sayang semua .
nak tanya nih. nak tanya ! skang ni aku tengok bersepah-sepah berlambak-lambak orang meniaga dalam internet. jual kasut,jual beg,baju,minyak urut, ubat kuat. (eh ade ke orang jual ubat kuat dalam internet?) korang percaya sangat ke online shopping ni?
siapa percaya seratus peratus beratus? inform aku .
aku nak tahu sebab musabab atas kepercayaan korang shopping menerusi internet ..
aku percaya ramai yang pernah beli barang melalui internet . kan?
siapa yang tak pernah ? inform aku jugak .
aku nak tahu kenapa korang tak pernah beli barang melalui internet .

sumber: abang google .

aku pun kadang2 takut jugak shopping melalui internet . tapi pernah jugak la mencuba beberapa kali .hahaha .. ghairah woo tengok barang cantik-cantik . atleast bila orang tanya 'kau beli kat ne?' 'aku beli online la .' ha dari situ orang boleh nmpk yang kita ni celik IT . bukan bodoh eh buta IT .. kira macam kita ni up-to-date la jugak selaras dengan kemajuan teknologi canggih pada masa kini ..kan? angguk je la ..

siapa cakap online shopping ni tak bagus? aku tak cakap pun tak bagus .
semua benda de baik dan buruk nyer .pandai2 la nilai sendiri . ye dok?

KEBAIKAN ONLINE SHOPPING.
  1. sume nyer di hujung jari anda . click click click click click dan terus click . senang .
  2. jimat minyak kereta,minyak bas . duduk rumah je then on komputer .
  3. jimat masa . tak payah siap lama-lama nak pergi mall . nak pikir baju pe nak pakai .bogel pun boleh sambil shopping. nak make up lagi . nak tggu bas lagi . bangun tidur tak payah buang taik mata tak payah sapu air liur dah boleh shopping .
  4. tak penat and tak menyusahkan orang . boleh shopping sambil baring-baring, guling-guling atas katil. korang tak perlu berjalan sana sini then kepada girl,tak perlu hencik abang korang tunggu berjam-jam sebab korang tengah rambang mata kan nak pilih .
sumber: abang google .

KEBURUKAN ONLINE SHOPPING .
  1. terdedah kepada penipuan . yela .. sebab duit bayar dulu baru dapat barang . so kat situ macam bimbang la kalau kena tipu .
  2. kalau tiba-tiba barang yang korang beli tu tiba-tiba rosak or contohnya kasut tak muat ke besar ke , jarang la dapat pulangkan barang tu balik and tebus barang lain . duit pun terbang macam tu je la .dh la kos penghantaran lagi . so kalau tiba-tiba rosak,kan dah rugi kat situ .kalau pergi shopping kat mall,kita boleh tengok sendiri barang tu ok ke tak .
  3. tak dapat kepuasan shopping sebenar . korang tak dapat nak tengok kualiti barang tu elok ke tak, berbaloi tak dengan harga . tak dapat sentuh ,tak dapat tengok dekat2 . tak dapat try test dulu sebelum beli ..
  4. barang yang kita order tu mungkin akan sampai selepas 2-3 minggu or kadang2 sampai berbulan-bulan. so mestila risau . duit dh bayar .kalau pergi direct shopping, hari tu beli,hari tu dh boleh guna .
bukan nak cakap benda tu tak bagus. jangan buat semua! tidak ! tapi juz nak korang hati2 je . buat urusan dengan peniaga yang korang percaya je. bukan sume yang meniaga dalam internet tu penipu aka tak jujur la bagai . tapi mungkin de segelintir . dah de pun kawan aku yang kena tipu..bayar pastu barang tak dapat . bila tengok website dh tak de dah . not found .aku pun jadi trauma takut terkena macam tu.
sape yang susah dalam kes ni ?nak tuding jari kat sesiapa pun tak guna.
ambil iktibar dan pengajaran . huhu .
so korang prefer yang mana? online shopping or direct ke mall untuk bershopping ?

hencik nuffnang si kedekut !

assalamulaikum korang yang gorgeous lagi encem chomel tiut miut tu ..
wink2 ! rajin tau hari ni bukak nuffnang . selalunyer aku tak sempat pun bukak hencik nuffnang tu .patutla dia merajok ngn aku sampai tak nak bg aku duit 4k. :p
so ape aku buat ? aku pergi tengok ramai ke tak yang visit aku minggu ni .
mana la tahu .. aku syok sendiri ke post2 ni tapi tak de orang heran pun .
manangis tak berlagu kalau rupanya kita syok sendiri ..
so korang tengok je la sendiri graf bar ni . de yang mencanak . de yang merudum .
macam hidup segan mati tak mahu .
tak tahu nak ckp pe .

3 mac sampai 9 mac bersamaan semalam .
terima kasih kepada korang yang sentiasa menyupport aka menyokong belog picisan saya ini .
terima kasih kepada yang sudi singgah sini .
yang tak sudi,sudikan jugak ! (memaksa)
terima kasih sebab membaca kemerapuan saya di kala bosan sepi .
teruskan membaca belog naif ni ok .

korang ! jom terjah blog ni juga .
aku suka belog die . jom support ira izatti .
click sini kalau nak tengok .
ziarah menziarahi merapatkan sillaturrahim .
terima kasih sebab baca entry ini .
babai .

Tuesday, March 8, 2011

agak kurang sopan !

assalamulaikum ..
sape yang belum tidur ? angkat lappy lambung-lambung kan lappy anda.
dah . tak nak merepek . tadi lepas abis je exam .
aku dan rakan-rakan berjalan terus pegi metedarah . lapar giler .
banyak memerah otak lagi lapar la perut jadi nyer .
sampai je kat kedai makan tu,tiba-tiba de laki ni agak kurang ajar la .
ish ! rasa nak baling je kuah sup kat muka dia. gangguan seksual la aku rasa .
muka macam dh tua . entah-entah dh berbini anak berderet dh kat rumah . tak suka la perangai segelintir lelaki yang mata keranjang cmni . pantang nmpk perempuan .
aku tetap makan dan terus makan . memang pelahap bebenor dh ni .
tiba-tiba dia datang kat meja aku and letak tisu yang de nombor dia.
dh tiga kali aku terkena camni tapi kali ni agak rude jugak la .
dia pikir aku nak call . ha ambik kau . aku jual nombor kau kat sini .
dasar lelaki buaya .

tisu ni aku dh rendam dalam kuah sup .
padan muka . jahat tak aku ? peduli hape .....
babai .

Monday, March 7, 2011

jangan ganggu please ??

woo ! macam tak percaya roomate aku semua mengadap buku ..
bila diorang ngadap buku . tak de sape nak layan aku . nak tak nak aku kena hadap buku jugak. esok exam .. Human Civilization . macam sejarah la . kena hafal .
tak boleh tembak . gerun jugak takut menganga sambil garu ketiak tak dapat jawab .
kan? walaupun hati meronta-ronta nak main game hanggaro tapi apa kan daya .
harus study jugak .bukan hanggaro yang masuk exam esok .
mood nak exam so yakni di sini aku ingin menegaskan aku tak layan SAMPAH !
lagi sekali SAMPAH !

korang tolong doakan saya ok .

'ya ALLAH,ya Tuhan ku .. kau lapangkan dada dan tenangkan jiwa nor farhana mardhiah agar die dapat menjawab soalan dengan baik,betul,tepat dan padat .Berjayakan lah dia dengan cemerlang Ya Allah ..AMIN '

ha secara automatik nyer,korang dh doakan saya .
terima kasih ..


gud luck to me and my friends .
with love,
anna mardhiah .
~exam mode~