Thursday, February 17, 2011

sugar daddy untuk aku?

assalamualaikum bloggers ..
korang mesti pernah dengar pasal sugar daddy ? rite?
sugar daddy adalah lelaki kaya biasanya yang lebih tua yang selalu memberikan hadiah mahal untuk perempuan muda dengan ganjaran bantuan seksual atau persahabatan.istilah kampung nyer lelaki tua yang tak sedar diri dok menggatal ngan perempuan muda yg juga mata duitan .sama-sama dapat faedah baik sugar daddy ataupun perempuan (sugar babies) tersebut .sugar daddy ni selalu nyer dikalangan lelaki yg lebih tua yg professional,banyak harta,banyak duit,ade pangkat,darjat,berjawatan tinggi.mungkin seorang duda atau still bujang di usia lanjut.sape tahu kan?ade sugar daddy yg memiliki isteri tetapi mungkin layanan isteri tak cukup membuatkan sugar daddy ni mencari layanan gadis kat luar sana .

lumrah hidup,pape yg dilakukan mesti la de kebaikan dan keburukan nyer sendiri. kebaikan menjadi sugar daddy and sugar babies ni . :P

1.TIDAK TERIKAT DENGAN HUBUNGAN JANGKA PANJANG .
perkara yg paling seronok menjadi sugar daddy ni . mereka tidak terikat dengan hubungan jangka panjang.sugar babies tahu dari awal hubungan ini sekadar kepentingan bersama.dia akan dapat segala benda yang dia nak contohnya barang2 yg branded,kereta ke pape je la asalkan branded2 selagi dia dapat buat sugar daddy bahagia ngn layanan dia.sugar daddy pulak tak akan memikul tanggungjawab yang datang dan memberi sepenuh komitmen dengan hubungan yang sekadar suka2 ni so ni la peluang yg hebat bagi lelaki yang lebih tua, lebih kaya yang sebahagian besar mungkin telah lama berkahwin dan
mungkin mempunyai anak yang sudah dewasa untuk menjadi sugar daddy.

2. DAPAT BUKTIKAN MEREKA MASIH MAMPU MENARIK PERHATIAN WANITA MUDA.
Lelaki yang mengambil sugar babies biasanya pada usia ketika mereka harus meyakinkan orang sekeliling atau rakan2 mereka bahawa mereka masih tampan dan boleh menarik perhatian perempuan muda.Memiliki perempuan muda dan cantik adalah cara
yang baik untuk mendapatkan kembali kepercayaan pada kemampuan seksual seseorang.
Sebagai seorang lelaki,mereka dapat membuktikan kepada dunia bahawa mereka masih mempunyai apa yang diperlukan untuk menarik wanita muda. so mereka akan rasa yg mereka ni masih muda . actually perasan muda. pastu mula la bergaya macam orang muda. :)

3. MEMBUKTIKAN LELAKI TUA JAUH LEBIH BAIK DARIPADA LELAKI MUDA
Perempuan yang berpasangan dengan lelaki muda umumnya mendapati bahawa pasangan mereka mempunyai penampilan tetapi tidak memiliki sumber kewangan yang kukuh.aku dapat sumber ni pun dari internet browsing.so betulkan aku kalau aku salah.Lelaki muda juga kadang-kadang cepat berubah menjadi sombong,kurang ajar
dan lebih-yakin dengan daya tarikan seksual mereka.diorang juga kurang berpengalaman dalam mengenali naluri dan hati seorang perempuan. so lelaki kaya yang lebih tua, yang melayan wanita muda dengan baik,then kewangan mereka yang lebih stabil dan peribadi yang lebih gentleman muncul sebagai taruhan yang lebih baik.bila camni,Wanita akan memandang lelaki tua daripada lelaki muda.so sugar daddy la namanya.

bila de kebaikan,mesti de keburukan nya . so keburukan menjadi sugar daddy and sugar babies ni . :p
1.KURANGNYA CINTA SEJATI .
mustahil and jarang la seorang wanita muda antara dua puluh tahun betol2 akan jatuh cinta dengan seorang lelaki berusia enam puluh tahun. bukan nak cakap kes ni tak pernah terjadi.tapi jarang la cinta sejati kalau dh camni .seorang suggar daddy mungkin akan dihormati tetapi takkan dicintai dengan seikhlas hati . ye dak??

2.WUJUDNYA MASALAH RUMAH TANGGA DAN MASALAH SOSIAL.
ni aku gabungkan sekali . bila isteri kepada sugar daddy dapat tau yang suami mereka menyimpan sugar babies so dh sah2 la akan wujud perang dalam rumah tangga.bila dh jadi camni,
tak syok la kan . sape jadi mangsa keadaan? mestila anak2 cucu2 mereka . then kalau isteri kepada sugar daddy ni lebih berpengaruh or lebih kaya. mestila mereka terpaksa menyingkirkan sugar babies so ape kesan kepada sugar babies ? hurm pikir sendiri ..

bukan aku nak ajar korang supaya ade sugar daddy or jadi sugar daddy .aku pun tak de sugar daddy ni . tak main la ok . haha ..mahu kena pelangkung ngan parents aku .
tapi aku nak share la sedikit tentang sugar daddy ni and nk korang tahu kebaikan dan keburukan nyer . haha ...
pe yang baik ambik la .
yang jahat tinggalkan ok .
jangan cakap aku lak yg tukang mengajor benda2 nih .

he is not my SUGAR DADDY but MY DADDY ..
abah makan tak ajak .. sobs2 !
lapar ni . nak melahap pelahap jap.
babai .

yang baik datang dari allah . yang jahat,jelik,buruk datang dari diri saya .

8 comments:

fadhilmohdzin said...

satu komen utk anna mardhiah..:)

yana said...

nice info kaka...
p biasa nye wanita y terlalu terdesak nak duit n tak pk maruah jek sanggup buat gini kan3..
apakah..?
=)

farhan said...

wahaha ...sugar tu bukan gula ke

norsharmila said...

geli la sugar daddy tu, my daddy ckup la ;)

aNNa maRdHiaH said...

fadhilmohdzin..

satu senyuman buat anda . :) mekasih .

aNNa maRdHiaH said...

yana ..

hurm mmg pun . selalu nyer camtu la .dua2 pun dapat keutungan masing2 sbnrnyer..

aNNa maRdHiaH said...

farhan ..

a'ah .. tapi ni bapa segala gula . wakaka ..

aNNa maRdHiaH said...

norsharmila ..

kan? daddy kita lagi terbaek ! huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...